25.6 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 15 Jan. – Sebanyak 78.6 peratus atau 25,674,070 daripada populasi keseluruhan telah lengkap vaksinasi Covid-19 manakala 79.7 peratus atau 26,042,410 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data melalui laman COVIDNOW, seramai 22,901,050 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa sudah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 99 peratus atau 23,181,492 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 2,860,918 individu atau 90.9 peratus populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 2,773,020 individu atau 88.1 peratus lengkap vaksinasi.

Bagi dos penggalak pula, setakat semalam, sebanyak 27.7 peratus atau 9,043,384 telah mendapat dos masing-masing.

Sebanyak 236,104 dos suntikan vaksin diberikan semalam, membabitkan 2,234 suntikan dos lengkap, 1,746 dos pertama dan 232,124 pula suntikan dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  meningkat kepada 60,557,570 dos.

Related posts

Leave a Comment