6,865,812 lengkap dos penggalak

PUTRAJAYA 5 Jan. – Seramai 6,865,812 individu atau 21 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin Covid-19 selepas 234,799 individu mengambil dos berkenaan semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,628,524 populasi keseluruhan atau 78.5 peratus lengkap divaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,009,570 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22,868,434 individu atau 97.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 98.9 peratus atau 23,158,375 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 87.7 peratus atau 2,760,090 populasi remaja telah melengkapkan dua dos manakala 90.6 peratus atau 2,851,195 individu mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam terdapat pertambahan 241,595 dos diberikan membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 58.3 juta dos.

Related posts

Leave a Comment