FDA lulus vaksin kanak-kanak 12 tahun

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Menurut FDA, semua individu berusia 12 tahun dan ke atas layak untuk mendapatkan dos penggalak Pfizer dan boleh mendapatkannya seawal lima bulan selepas dos terakhir mereka dan bukannya enam bulan.

Data juga diambil dari Israel yang mencatatkan lebih daripada 6,300 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun yang mendapat dos penggalak selepas lima bulan dan tidak menemui apa-apa risiko dan kebimbangan keselamatan yang serius.

Data juga menunjukkan, sela masa yang dikurangkan untuk dos penggalak kepada lima bulan tidak menunjukkan masalah.

Related posts

Leave a Comment