28 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 28 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,560 orang daripada 2.75 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 28 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu dan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,733 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 32,549 individu atau 81.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,565 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,354 kes dirawat di hospital dan 265 pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 118 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 147 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment