58 lagi kes varian Omicron

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Kesihatan mengesan 58 lagi kes positif Covid-19 varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WGS) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), menjadikan jumlah jangkitan varian berkenaan kini 122 kes . Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata daripada 58 kes yang dikesan itu, sebanyak 54 kes jangkitan import dari luar negara, manakala empat kes lagi penularan tempatan. Beliau berkata, 39 daripada 54 kes jangkitan import dikesan dalam kalangan individu yang pulang dari Arab Saudi; tujuh dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE); empat kes dari United Kingdom; dua kes…

Read More

Malaysia catat 2,842 kes harian

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,842 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menyumbang kepada sejumlah 2,769,886 kes jangkitan di negara ini sejak akhir Januari 2020. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 2,510 kes iaitu 2,411 kes atau 96.1 peratus adalah warganegara dan 99 lagi atau 3.9 peratus, bukan warganegara. Katanya, sebanyak 292 daripada 332 kes import membabitkan rakyat negara ini dan 40 lagi adalah warga asing. Daripada 2,842 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; sebanyak 47 kes atau 1.7 peratus adalah…

Read More

Lonjakan kes di Saudi cecah 2,000

RIYADH 4 Jan. – Selepas dua hari merekodkan lebih 1,000 kes harian, Arab Saudi hari ini merekodkan 2,585 kes baharu Covid-19 berbanding 1,746 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 562,437 dengan jumlah kematian pula sebanyak 8,883 orang. Sebanyak 375 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 543,129 kes pulih. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 96 orang dalam keadaan kritikal. Sementara itu Kementerian Kesihatan menolak langkah-langkah kawalan lebih ketat ketika varian Omicron terus…

Read More

Jemaah ada pilihan lokasi kuarantin

PUTRAJAYA 4 Jan. – Jemaah umrah diberi pilihan sama ada untuk berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau ditempatkan di kemudahan seliaan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abd Latiff Ahmad. Beliau mengakui wujud rungutan mengenai jemaah umrah yang risau dengan kos tambahan dan berkemungkinan tidak selesa apabila diarah menjalani kuarantin. Katanya, jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta, merujuk hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau stesen kuarantin diuruskan kerajaan. Bagi penempatan kuarantin diuruskan kerajaan, individu dalam pemantauan…

Read More

Malaysia catat 2,842 kes harian

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,842 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menyumbang kepada sejumlah 2,769,886 kes jangkitan di negara ini sejak akhir Januari 2020. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 2,510 kes iaitu 2,411 kes atau 96.1 peratus adalah warganegara dan 99 lagi atau 3.9 peratus, bukan warganegara. Katanya, sebanyak 292 daripada 332 kes import membabitkan rakyat negara ini dan 40 lagi adalah warga asing. Daripada 2,842 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; sebanyak 47 kes atau 1.7 peratus adalah…

Read More

Agong ziarah PPS Keratong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keratong, Rompin, Pahang, tengah hari ini. Turut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Menurut kenyataan Istana Negara di Facebook, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin, Ahmad Nasim Mohd Sidek dan pemimpin setempat. Pada lawatan bermula pukul 12 tengah hari itu, Al-Sultan Abdullah meluangkan masa dua jam menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Keratong…

Read More

97.7 peratus dewasa lengkap dua dos

PUTRAJAYA 4 Jan. – Sebanyak 22,864,655 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi manakala 23,155,545 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 78.5 peratus atau 25,623,153 daripada populasi keseluruhan melengkapkan dua dos dan 79.7 peratus atau 26,005,331 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6 peratus atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, sejumlah…

Read More

Hari ketiga kadar R-naught kekal 0.99

PUTRAJAYA 4 Jan.  – Hari ketiga berturut-turut, bermula 1 Januari lalu , kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada kadar 0.99. Hanya dua negeri iaitu Johor dan Kelantan melepasi kadar 0.99 dengan masing-masing mencatatkan 1.00. Ini diikuti Kedah yang merekodkan 0.98, Sabah 0.97, Melaka 0.97, Pahang 0.96, Terengganu 0.96, Selangor 0.95, Perak 0.95, Pulau Pinang 0.93, Kuala Lumpur 0.92, Negeri Sembilan 0.91 dan Putrajaya 0.90. Perlis merekodkan 0.88, Wilayah Persekutuan Labuan 0.83 dan Sarawak 0.75.

Read More

FDA lulus vaksin kanak-kanak 12 tahun

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun. Menurut FDA, semua individu berusia 12 tahun dan ke atas layak untuk mendapatkan dos penggalak Pfizer dan boleh mendapatkannya seawal lima bulan selepas dos terakhir mereka dan bukannya enam bulan. Data juga diambil dari Israel yang mencatatkan lebih daripada 6,300 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun yang mendapat dos penggalak selepas lima bulan dan tidak menemui apa-apa risiko dan kebimbangan keselamatan yang serius. Data juga menunjukkan, sela masa yang…

Read More