97.7 peratus dewasa lengkap dua dos

PUTRAJAYA 4 Jan. – Sebanyak 22,864,655 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi manakala 23,155,545 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 78.5 peratus atau 25,623,153 daripada populasi keseluruhan melengkapkan dua dos dan 79.7 peratus atau 26,005,331 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6 peratus atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 208,327 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,768 dos pertama, 3,843 dos lengkap dan 201,716 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,055,878 dos termasuk 6,627,119 dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment