Malaysia catat 2,842 kes harian

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,842 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, menyumbang kepada sejumlah 2,769,886 kes jangkitan di negara ini sejak akhir Januari 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 2,510 kes iaitu 2,411 kes atau 96.1 peratus adalah warganegara dan 99 lagi atau 3.9 peratus, bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 292 daripada 332 kes import membabitkan rakyat negara ini dan 40 lagi adalah warga asing.

Daripada 2,842 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; sebanyak 47 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,795 kes atau 98.3 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 252 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 134 pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, dua kluster baharu jangkitan Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan jumlah kluster wabak berkenaan di negara ini kini mencecah angka 6,139.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 5,939 kluster sudah ditamatkan manakala 200 lagi masih aktif.

Sementara itu, sebanyak 2,862 kes sembuh dilaporkan hari ini, menyumbang kepada sejumlah 2,698,613 kes atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, empat kes positif baharu Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir dikesan namun tiada kes dan kluster jangkitan baharu di 198 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh negeri yang dilanda banjir.

“Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini iaitu sebanyak 102 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI); penyakit kulit (28) dan lima kes Acute Gastroenteritis (AGE),” katanya.

Related posts

Leave a Comment