Lonjakan kes di Saudi cecah 2,000

RIYADH 4 Jan. – Selepas dua hari merekodkan lebih 1,000 kes harian, Arab Saudi hari ini merekodkan 2,585 kes baharu Covid-19 berbanding 1,746 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 562,437 dengan jumlah kematian pula sebanyak 8,883 orang.

Sebanyak 375 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 543,129 kes pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 96 orang dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Kementerian Kesihatan menolak langkah-langkah kawalan lebih ketat ketika varian Omicron terus menular.

Jurucakap rasmi kementerian itu, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali mengesahkan demikian dalam wawancaranya bagi rancangan “YaHalaShow” yang disiarkan melalui saluran Rotana Khalijiya pada Isnin (3 Jan).

Beliau mendedahkan bahawa gejala-gejala pandemik di Arab Saudi pada masa ini tidak sama seperti pada awal penularan wabak Covid-19 pada 2020.

Katanya, Arab Saudi sudah melakukan yang terbaik untuk membendung penularan Covid-19 dan tahap kesedaran orang ramai terhadap virus tersebut juga tinggi. Begitu juga dengan daya imun penduduk Saudi yang tinggi setelah kerajaan memperhebatkan program vaksinasi negara.

Jurucakap kementerian itu juga mengatakan bahawa pandemik tersebut sudah melalui beberapa fasa di merata dunia dan Arab Saudi adalah sebahagian daripada dunia ini.

Begitu juga dengan varian Omicron yang dikesan di setiap negara termasuk Saudi di mana maklumat menunjukkan bahawa Omicron menular dengan pantas, dan ini menjelaskan mengenai lonjakan pada jumlah kes jangkitan di Saudi,

Related posts

Leave a Comment