Kadar kebolehjangkitan 1.02

PUTRAJAYA 25 Ogos – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 mengikut kes harian di Malaysia mencatatkan kenaikan  kepada 1.02 semalam berbanding 1.01 pada hari sebelumnya.

Melaka menyamai purata kebangsaan manakala sembilan negeri merekodkan kadar melebihi 1.02 sementara yang lain dengan kadar lebih rendah.

Perlis mendahului negeri lain dengan merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi purata kebangsaan iaitu pada kadar 1.28.

Ini diikuti Sarawak 1.22, Sabah 1.21, Pulau Pinang 1.18, Kelantan 1.10, Perak 1.07, Kedah 1.06, Johor 1.06 dan Terengganu 1.03.

Negeri/wilayah yang mencatat kadar lebih rendah dari purata kebangsaan ialah Pahang 1.01, Selangor 0.94, Kuala Lumpur 0.88, Negeri Sembilan 0.87 dan Putrajaya 0.78.

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya empat kes Covid-19 baharu.

Related posts

Leave a Comment