19 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,532 orang, daripada 2.75 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,606 kes aktif di seluruh negara di mana 33,393 individu atau 82.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan 3,460 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,469 kes dirawat di hospital dan 284 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 128 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 156 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment