155 kes Omicron di Singapura

SINGAPURA 3 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 429 kes baharu Covid-19 termasuk 297 kes import di Singapura setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 155 kes varian Omicron disahkan – 35 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 119 lagi adalah kes import.

Sebanyak 128 adalah kes baharu dalam masyarakat dan empat kes di asrama pekerja asing menjadikan jumlah keseluruhan 280,290.

Tiada kes kematian direkodkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 829 orang.

Seramai 266 pesakit masih dirawat di hospital semalam berbanding 263 sebelumnya di mana 41 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat di pantau rapi di ICU, dan empat lagi tenat.

Related posts

Leave a Comment