Ada lagi dos penggalak?

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata,  pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan Omicron.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

Beliau berkata, kumpulan teknikal sedang mengkaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan mengemukakan syor kepada CITF seperti biasa.

“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.. Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini,” katanya

Related posts

Leave a Comment