Gelang pengawasan libatkan 18 negara.

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Kementerian Kesihatan tidak pernah mengamalkan dasar ‘pilih bulu’ terhadap pelaksanaan dasar pemakaian gelang pengawasan digital dalam kalangan pengembara dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemakaian peranti pengesan diwajibkan kepada pengembara dari 18 negara berisiko.

Ia meliputi United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada dan Nigeria, selain lapan negara baharu yang sekatan perjalanan sementaranya ditarik balik iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe serta Malawi susulan peningkatan jangkitan Omicron.

“Bukan hanya mereka yang pulang dari umrah dikenakan pemakaian peranti pengawasan digital, tetapi pengembara negara luar seperti UK, AS dan lain-lain, dalam senarai berisiko tinggi juga termaktub kepada arahan sama,” katanya.

Beliau berkata, pemakaian peranti pengawasan digital ini ialah untuk mengawal pergerakan mereka yang sepatutnya menjalani kuarantin, justeru tidak timbul tanggapan bahawa hanya jemaah umrah perlu patuh kepada arahan sebegini.

“Mengenai penempatan di stesen kuarantin, berbanding kediaman sendiri, ia dibuat bersandarkan data semasa berhubung penularan jangkitan Omicron yang menyaksikan separuh atau 32 daripada 64 kes varian berkenaan adalah dalam kalangan jemaah umrah,” katanya.

Sebanyak 2,763 kes positif Covid-19 dikesan  dalam  kalangan  pengembara  yang  tiba di  pintu masuk antarabangsa  (PMA) bagi  tempoh 1  Januari  2021  hingga  30  Disember  2021.

Daripada jumlah  itu,  sebanyak  1,446  kes positif dikesan  dalam  kalangan  pengembara  yang  tiba  dari  Arab Saudi,  diikuti  Singapura  (322  kes),  Indonesia  (264  kes),  dan  United Kingdom  (217  kes). Sebagai perbandingan dalam tempoh 14 hari yang lepas atau dalam minggu epid  ke-51 dan 52, kes positif tertinggi adalah dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi iaitu 1,161 diikuti Singapura (13 ), Indonesia (8) dan United Kingdom  (49).

Untuk rekod , kumpulan  pertama jemaah  umrah  dari  Malaysia  telah  berlepas  ke  Tanah  Suci  pada 13 Oktober  dan  SOP  khas  bagi  tujuan  mengerjakan  umrah  telah dikeluarkan  oleh  Majlis  Keselamatan  Negara  (MKN)  pada  18  Oktober.

Sehingga  30 Disember, seramai  11,108  jemaah  umrah  tiba  di Malaysia  dan  1,306  daripadanya atau 11.76  peratus  dikesan  positif Covid-19.

Pada  31  Disember , dua lagi kes  Covid-19  disahkan  varian Omicron,  menjadikan  jumlah  keseluruhan  varian  ini  adalah  sebanyak  64 kes iaitu 63  daripadanya  melibatkan  pengembara  dan  satu kes  disyaki jangkitan  tempatan.

Daripada  64  kes  jangkitan  Covid-19  varian  Omicron ini,  sebanyak  32  kes  (50  peratus)  dikesan  dalam  kalangan  jemaah  umrah.

Related posts

Leave a Comment