25 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  kini 31,487 orang, daripada 2.74 juta kes positif di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 25 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,221 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 34,069 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 3,368 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,515 kes dirawat di hospital dan 269 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 106 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 163 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment