25.9 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 Dis. – Sebanyak 120,092 individu melengkapkan suntikan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu yang mendapatkan dos itu meningkat kepada 5,577,262.

Menurut data portal COVIDNOW, sebanyak 78.4 peratus atau 25,589 daripada  populasi keseluruhan lengkap divaksinasi manakala 79.6 peratus atau 25,980,984 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22,841,604 individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan manakala 98.9 peratus atau 23,139,400 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,747,938 individu atau 87.3 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.3 peratus atau 2,841,584 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 128,433 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi iaitu 3,239 dos pertama, 5,102 dos lengkap dan 120, 092 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 56.95 juta dos.

Related posts

Leave a Comment