35 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 28 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 35 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,369 orang, daripada 2.73 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 35 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 42,917 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 36,052 individu atau 84 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,071 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,497 kes dirawat di hospital dan 297 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 128 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 169 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment