Kes baharu Arab Saudi 602

RIYADH 28 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus melonjak apabila merekodkan 602 kes baharu berbanding 524 yang direkodkan semalam. Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan adalah sama seperti semalam iaitu seorang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 553,921 kes dengan 8,873 kematian. Rekod menunjukkan Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 179  diikuti Makkah 149, Jeddah 122, Madinah 19, Hofuf 14, Dammam 13, Taif 8, Al-Mubarraz 8, seven in Al-Khobar 7, Qatif 6, five in Tabuk 5, Al-Lith…

Read More

Kes tempatan Omicron pertama

JAKARTA 28 Dis. – Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron Covid-19 pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari bandar Medan. Lelaki itu dan isterinya, yang melawat Jakarta sebulan sekali, tiba di ibu negara pada 6 Disember dan berkunjung ke pusat beli-belah Ashta District 8 di Daerah Pusat Perniagaan Sudirman, Jakarta Selatan pada 17 Disember. Jurucakap kementerian, Dr Siti Nadia Tarmidz berkata, kementerian sedang menjalankan pengesanan kontak menyeluruh di kawasan itu untuk menghentikan varian itu daripada merebak Beliau berkata lelaki itu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke…

Read More

Thailand catat 2,305 kes baharu

BANGKOK 28 Dis. – Thailand merekodkan 2,305 kes baharu Covid-19 dengan 32 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,214,712 kes dan 21,630 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes harian itu, 2,251 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk 95 kes import dan 54 orang banduan berbanding 2,437 kes semalam dengan 18 kematian. Semalam, 3,070 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,159,443 orang. Kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 26 dan 93 tahun termasuk warganegara Jerman. Sementara itu Bangkok…

Read More

421 kes baharu di Filipina

MANILA 28 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 421 pertambahan kes Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,839,111. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 248 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,778,148 orang pukih atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,213 orang apabila dua lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, sebanyak 9,750 kes aktif dilaporkan, meningkat sedikit berbanding 9,579 yang direkodkan semalam.

Read More

Kematian akibat taufan Rai meningkat

MANILA 28 Dis. – Angka kematian akibat Taufan Rai yang melanda Filipina dua minggu lalu, meningkat kepada 389 mangsa, kata Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC). Taufan Rai, ribut paling kuat melanda Filipina tahun ini, mula mendarat pada 16 Disember lalu, membawa hujan lebat, angin kencang, banjir dan ribut ke pulau Visayas dan Mindanao. Ketika taufan mula beredar dari kepulauan dua hari kemudian, lebih 506,000 rumah rosak atau musnah, menurut data terkini NDRRMC. “Sehingga kini, terdapat 314,676 individu mendapat bantuan di 1,179 pusat pemindahan,” kata jurucakap NDRRMC, Mark…

Read More

Belum cadang sekat umrah

PUTRAJAYA 28 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang menyekat rakyat mengerjakan umrah, walaupun terdapat peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang daripada melaksanakan ibadah itu. Bagaimanapun, Kementerian tidak menolak kemungkinan mengarahkan jemaah menjalani kuarantin di pusat kuarantin atau tidak membenarkan rakyat mengerjakan umrah, jika keadaan di Arab Saudi merosot. Begitu juga jika penularan Omicron dalam kalangan warganegara yang pulang daripada menunaikan ibadah itu berada di tahap membimbangkan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata KKM sebaliknya akan memantau trend penularan kes Omicron di Arab Saudi sebelum sebarang keputusan lanjut mengenainya…

Read More

Ambil dos penggalak selepas 3 bulan

PUTRAJAYA 28 Dis. – Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa sela masa bagi dos penggalak vaksin Covid-19 disingkatkan kepada tiga bulan yang merangkumi vaksin primer Pfizer dan AstraZeneca (AZ). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan kerja teknikal telah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak Covid-19. Sebelum ini,  hanya vaksin CoronaVac (Sinovac) yang ditetapkan sela masa tiga bulan. Jelasnya, keputusan menyingkatkan sela masa itu adalah sama seperti yang dilakukan oleh badan-badan regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia. Bercakap pada sidang media hari ini, Khairy berkata,…

Read More

Shukor juga turun padang

Petikan Astro Awani SEPANG 28 Dis. – Kekurangan fizikal tidak pernah menghalang Mohamad Shukor Jab yang juga orang kelainan upaya (OKU) untuk turut sama membantu meringankan beban mangsa banjir. Walaupun terpaksa bertongkat kerana kehilangan sebelah kaki, namun, semangat dan keinginan membantu golongan yang memerlukan khidmat kerja-kerja pembersihan mengatasi kekurangan dalam diri lelaki berusia 45 tahun itu. Bersama-sama dengan kumpulan ‘Dirt Buster Team’, Mohamad Shukor yang kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada usianya 11 tahun merupakan antara peserta sukarelawan yang turun ke daerah ini membantu membersihkan kediaman mangsa yang rosak akibat…

Read More

MAIS tarik balik tauliah aktivis politik

SHAH ALAM 28 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tauliah mengajar agama Islam di Selangor yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selaras dengan titah Sultan Sharafuddin itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang telah dikeluarkan. Katanya, mana-mana tauliah yang telah diberikan kepada aktivis politik di negeri ini akan ditarik balik. Bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang memegang portfolio agama Islam…

Read More