421 kes baharu di Filipina

MANILA 28 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 421 pertambahan kes Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,839,111.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 248 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,778,148 orang pukih atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,213 orang apabila dua lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, sebanyak 9,750 kes aktif dilaporkan, meningkat sedikit berbanding 9,579 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment