Kes baharu Arab Saudi 602

RIYADH 28 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus melonjak apabila merekodkan 602 kes baharu berbanding 524 yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan adalah sama seperti semalam iaitu seorang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 553,921 kes dengan 8,873 kematian.

Rekod menunjukkan Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 179  diikuti Makkah 149, Jeddah 122, Madinah 19, Hofuf 14, Dammam 13, Taif 8, Al-Mubarraz 8, seven in Al-Khobar 7, Qatif 6, five in Tabuk 5, Al-Lith 5 dan Jubail 4.

Sebelum ini, jumlah kes harian adalah sekitar 50 malahan kurang sehingga angka itu meningkat kepada 100 sehingga kepada jumlah hari ini.

Jumlah kes harian mula menunjukkan peningkatan berbanding beberapa minggu sebelumnya yang merekodkan angka di bawah 100 dan 50 kes.

Pada 10 Disember, angka yang direkodkan adalah 48 dan naik kepada 53 pada hari berikutnya, naik kepada 64 pada 13 Disember, 88 kes 15 Disember, dan 116 kes pada 18 Disember seterusnya pada 21 Disember merekodkan 222 kes.

MoH dalam kenyataannya juga memberitahu sebanyak 147 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 541,157 kes.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 39 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment