Thailand catat 2,305 kes baharu

BANGKOK 28 Dis. – Thailand merekodkan 2,305 kes baharu Covid-19 dengan 32 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,214,712 kes dan 21,630 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes harian itu, 2,251 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk 95 kes import dan 54 orang banduan berbanding 2,437 kes semalam dengan 18 kematian.

Semalam, 3,070 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,159,443 orang.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 26 dan 93 tahun termasuk warganegara Jerman.

Sementara itu Bangkok merekodkan 392 kes baharu diikuti Chon Buri 214, Nakhon Si Thammarat 143, Samut Prakan 76, Chiang Mai 67, Kalasin 54, Trang 52, Nakhon Ratchasima 49, Phatthalung 48 dan Ubon Ratchathani 44.

Daripada 95 kes import, sebanyak 19 dari Amerika Syarikat,  United Kingdom (13), Perancis (8), Sepanyol (5), Switzerland (5), Denmark, Ethiopia, Jerman , Rusia dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing empat kes.

Australia, Jepun dan Sweden masing-masing merekodkan tiga kes diikuti Kazakhstan, India dan Swaziland masing-masing dua kes dan setiap satu dari Myanmar, Czech, Estonia, Ireland, Korea Selatan, Kyrgyzstan, Netherlands, Nigeria, Poland dan Tanzania.

Related posts

Leave a Comment