57 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 57 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,192 orang, daripada 2.72 juta kes positif Covid-19.

Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada 57 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 51,023 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 42,873 individu atau 84 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,069  ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,728 kes dirawat di hospital dan 353 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 164 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 189 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment