4.8 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 22 Dis. – Sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 56,207,871 manakala dos penggalak 4,879,326.

Setakat ini juga seramai 2,738,450 individu atau 87 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19..

Menurut data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, seramai 2,835,938 individu atau 90.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula, sejumlah 97.5 peratus atau 22,823,150 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,126,700 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment