Jualan tiket VTL digantung

PUTRAJAYA 22 Dis. – Malaysia dan Singapura menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan  di bawah Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat dan udara bermula esok sehingga 20 Januari depan. Ini berikutan kewujudan satu kluster tempatan Covid-19 membabitkan tiga kes positif pada 20 Disember lalu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hasil ujian lanjut yang dijalankan mendapati dua daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Omicron, sementara keputusan bagi lain-lain kes masih lagi belum selesai. “Ketiga-tiga kes ini tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan Pengembara yang telah membeli tiket…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 22 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.90 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Sepuluh negeri merekodkan kadar lebih tinggi didahului Pulau Pinang dan Pahang dengan masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Terengganu 0.99, Johor 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Negeri Sembilan 0.93, Perak 0.93, Melaka 0.92 dan Selangor 0.92. Sementara itu, negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.90 adalah Kedah 0.89, Perlis 0.89,  Wilayah Persekutuan Labuan 0.88, Kelantan 0.87, Sabah 0.83 dan Sarawak 0.75.

Read More

57 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 57 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,192 orang, daripada 2.72 juta kes positif Covid-19. Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada 57 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 51,023 kes aktif Covid-19 di seluruh negara…

Read More

4.8 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 22 Dis. – Sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 56,207,871 manakala dos penggalak 4,879,326. Setakat ini juga seramai 2,738,450 individu atau 87 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.. Menurut data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, seramai 2,835,938 individu atau 90.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa pula, sejumlah 97.5 peratus atau 22,823,150…

Read More