Makkah catat 153 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi mengumumkan 1,357 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian yang dianggap rendah.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 278,835 kes.

MOH juga mengumumkan 30 lagi kematian akibat Covid-19 yang membawa jepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,917.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 2,533 pesakit sembuh daripada Covid-19 menjadikan jumlah yang pulih sebanyak 240,081.

Terdapat 35,837 kes yang aktif di mana 2,011 kritikal.

Sementara itu, daripada kes baharu yang direkodkan hari ini, Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 153 diikuti Riyadh 94 dan Jeddah 72. Tiada kes di kawasan ibadah tanah suci.

Related posts

Leave a Comment