47 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 47 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu 30,521 orang, daripada 2.63 juta kes positif.

Menurut data di portal COVIDNOW, 12 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 62,253 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 50,358 individu atau 80.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,346 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,038 kes dirawat di hospital dan 511 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 245 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 266 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment