22.7 juta dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 3 Dis. – Sebanyak 97 peratus daripada populasi dewasa atau 22,707,144 individu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.4 peratus atau 23,039,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 77.8 peratus atau 25,423,192 populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala 79.2 peratus atau 25,866,541 orang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.71 juta individu atau 86.3 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 150,357 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53.82 juta dos.

Related posts

Leave a Comment