Dos penggalak dewasa UK Januari

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak kepada semua individu dewasa menjelang akhir Januari depan sebagai sebahagian langkah untuk memerangi varian Omicron

“Kita akan menangani individu mengikut kumpulan umur menurun, dalam kumpulan lima tahun, kerana penting untuk dipastikan, mereka yang lebih tua dan lebih terdedah secara klinikal mendapat perlindungan tambahan itu terlebih dahulu,” katanya.

Beliau turut mengumumkan pelitup muka wajib dipakai di England berkuat kuasa serta merta terutama di kedai dan tempat awam.

Menurut Johnson, langkah pencegahan ini diharap dapat membantu negara itu bersedia dengan jangkitan varian baharu tersebut.

Setakat ini kira-kira 18 juta penduduk di UK telah mendapatkan suntikan penggalak.

Sebanyak 22 kes berkaitan varian baharu dikesan iaitu 13 di England dan sembilan di Scotland.

Sementara itu, pengembara ke United Kingdom (UK) dikehendaki menjalani ujian saringan PCR dan mengasingkan diri sehingga mereka disahkan negatif.

Menteri Kesihatan UK Sajid Javid berkata, varian baharu itu “berkemungkinan” akan menyebabkan jangkitan melalui penularan komuniti.

Related posts

Leave a Comment