Kes pertama Omicron di Arab Saudi

RIYADH 1 Dis. – Arab Saudi mengesahkan kes pertama varian Omicron Covid-19,  melibatkan warganegara itu yang tiba dari negara Afrika Utara, lapor Agensi Media Saudi (SPA). Memetik sumber Kementerian Kesihatan (MoH) pihak berkuasa telah mengasingkan kes berkenaan dan orang yang berkaitan dengan kes tersebut, “Penyiasatan epidemiologi telah bermula dan kes telah dihantar ke kuarantin, di mana prosedur kesihatan yang diiktiraf telah diikuti,” kata sumber itu. Sementara itu sebanyak 34 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 549,786 kes. Satu lagi kematian dilaporkan dan ini membawa…

Read More

Kes harian lepasi 5,000

PUTRAJAYA 1 Dis. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi 5,000 dengan 5,439 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan . jumlah keseluruhan penularan wabak berkenaan kini mencecah 2,638,221 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 5,418 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 21 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sebelum ini, dalam tempoh 23 November hingga 27 November, jumlah kes yang direkodkan adalah lebih 5,000 kes sehingga mencecah 6,144 pada 25 November tetapi turun kepada 4,239 (28…

Read More

Agong minta rakyat berwaspada

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap penularan varian baharu Covid-19, Omicron yang mula merebak di banyak negara di seluruh dunia. Baginda menzahirkan kebimbangan itu susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), baru-baru ini mengkategorikan Omicron sebagai ‘varian of concern’, yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak berbanding varian terdahulu. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, menurut WHO varian Omicron juga mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi jangkitan semula berbanding varian…

Read More

Menara Merdeka 118

MENARA Merdeka 118 merangkumi tiga juta kaki persegi ruang luas lantai dan terdiri daripada 1.66 juta kaki persegi luas sewaan bersih ruang pejabat Gred-A serta sejuta juta kaki persegi ruang niaga. Beberapa ciri yang mengagumkan dibangunkan di menara ini termasuklah dek pemerhatian ‘The View at 118’, yang akan menjadi dek tertinggi di Asia Tenggara, serta Hotel Park Hyatt di Malaysia yang terletak di 17 tingkat teratas menara. Dihubungkan secara terus dari menara adalah ‘118 Mall’, pusat membeli belah dengan pelbagai peluang perniagaan menarik yang dikelilingi kehijauan serta taman terbuka ‘Merdeka…

Read More

Omicron : Warga emas Sinovac berisiko

PUTRAJAYA 1 Dis. – Warga emas yang melengkapkan dua dos vaksin Sinovac merupakan kumpulan paling berisiko dengan kemunculan varian baharu, Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, Sinovac adalah vaksin yang paling cepat menurun keberkesanannya berbanding vaksin jenis lain manakala varian Omicron kebolehjangkitannya lebih tinggi berbanding Delta. Justeru, mereka diminta mendapatkan dos penggalak dengan segera berikutan perkembangan terkini varian Omicron itu. “Walaupun belum ada (Omicron) di Malaysia, langkah pencegahan perlu dibuat untuk semua warga emas supaya menerima dos penggalak terutama yang mendapat Sinovac (sebelum ini) disebabkan tempoh masa Sinovac…

Read More

‘Di depan, di belakang kena vaksin’

SEPANG 1 Dis.- Memang tidak kena jika di depan divaksin, di kaunter tidak divaksin. Justeru memang wajar penjawat awam yang sudah menerima vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan berurusan secara terus dengan orang ramai. Ini kerana orang awam yang datang berurusan di pejabat kerajaan perlu memenuhi syarat lengkap vaksinasi. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata syarat vaksinasi lengkap itu bukan sahaja membabitkan kakitangan di barisan hadapan atau kaunter, malah merangkumi semua penjawat awam. “Kita minta yang berada di hadapan supaya divaksin, begitu juga yang di belakang kaunter. Takkan…

Read More

Dos penggalak dewasa UK Januari

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak kepada semua individu dewasa menjelang akhir Januari depan sebagai sebahagian langkah untuk memerangi varian Omicron “Kita akan menangani individu mengikut kumpulan umur menurun, dalam kumpulan lima tahun, kerana penting untuk dipastikan, mereka yang lebih tua dan lebih terdedah secara klinikal mendapat perlindungan tambahan itu terlebih dahulu,” katanya. Beliau turut mengumumkan pelitup muka wajib dipakai di England berkuat kuasa serta merta terutama di kedai dan tempat awam. Menurut Johnson, langkah pencegahan ini diharap dapat membantu negara itu bersedia dengan jangkitan varian baharu…

Read More

Omicron : Ambil tindakan rasional

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan atas tindakan sesetengah negara memperkenalkan pendekatan bersasar bagi menangani varian Omicron. Ketua pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan tindakan negara berkenaan umpama menghukum negara-negara selatan Afrika yang melaporkan kemunculan varian berkenaan. Dr Tedros yang menyifatkan tindakan itu bukan berasaskan saintifik dan belum terbukti berkesan sebaliknya mendesak negara terlibat mengambil tindakan rasional dengan pendekatan mengurangkan risiko. Jelas beliau, masih banyak yang tidak diketahui mengenai varian Omicron termasuk tahap jangktan, keberkesanan ujian, terapi dan vaksin. Penemuan varian Omicron di selatan Afrika kali pertama dilaporkan kepada…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 1 Dis. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught kekal 0.95 semalam, sama seperti hari sebelumnya. Sebanyak 13 negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana enam negeri merekodkan kadar 1.00 atau lebih didahului Perlis 1.06. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02, Pulau Pinang 1.02,Melaka 1.01, Kedah 1.00, Pahang 1.00. Perak merekodkan 0.99, Selangor 0.99 dan Johor 0.99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.98, Sabah 0.96, Terengganu 0.95, Kelantan 0.95. Negeri yang mencatatkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Negeri Sembilan 0.93, Sarawak 0.77 dan Selangor 0.99. Kadar kebolehjangkitan terendah yang…

Read More