Gelombang keempat akibat Omicron

PRETORIA: Afrika Selatan menjangkakan gelombang keempat jangkitan Covid-19 di negara itu susulan varian baharu Omicron, kata Presiden Cyril Ramaphosa. Ini susulan purata kes sepanjang minggu meningkat kepada 1,600 daripada 500 kes pada minggu sebelumnya. Dalam ucapan di televisyen, Ramaphosa berkata saintis negara itu telah menentukan bahawa kebanyakan peningkatan kes jangkitan adalah disebabkan oleh varian Omicron, dan bukannya jenis varian yang sedang menular. Omicron telah dikenal pasti pada awal minggu ini oleh penyelidik di Afrika Selatan, dan telah mencetuskan amaran global baharu. “Para saintis kami di Afrika Selatan dan di dunia…

Read More

Mochi Pak Aziz BSP

MOCHI PAK AZIZ PAGI ini sambil membeli Mochi  untuk menyorok, sempat bertanya khabar penjualnya, Pak Aziz. Tentulah berkaitan kenaikan harga barang. Pak Aziz pun sudah tidak tahan dengan kenaikan kos bahan mentah. Harga tepung pulut dan kacang juga naik malahan plastik pembungkus juga naik. Maka bulan depan, Pak Aziz terpaksa menaikkan harga dari RM5 kepada RM6. Beliau tidak mahu mengecilkan saiz untuk mengekalkan harga. Baginya kualiti tidak boleh dikorbankan. Dari dulu, beliau tidak mengejar kuantiti bagi menjaga kualiti. Maka setiap hari hanya sekitar 40 paket sahaja dijual. Pak Aziz menjual…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.96

PUTRAJAYA 29 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught kekal pada kadar 0.96 semalam sama seperti pada hari sebelumnya. Hanya satu negeri iaitu Sarawak merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu 0.78 sementara yang lain menyamai atau melepasi 0.96. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.12 diikuti Kedah 1.02, Pahang 1.01, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.00, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00, Selangor 1.00 dan Perak 0.99. Lima negeri iaitu Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Melaka masing-maaing merekodkan 0.98 manakala Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 0.96. Kadar kebolehjangkitan terendah…

Read More

Kes baharu Singapura di bawah 1,000

SINGAPURA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 747 kes baharu Covid-19 di Singapura sehingga tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 262,383 kes. Pada masa yang sama, 11 lagi meninggal dunia yang membawa kepada 701 kematian. Menurut MoH, sebanyak 719 kes dalam masyarakat dilaporkan serta tiga kes import dan 25 kes di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, individu terlibat adalah mereka yang berusia antara 67-98 tahun dan kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Sementara itu, seramai 1,147 pesakit masih dirawat di hospital di mana 210 memerlukan…

Read More

29 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,309 orang daripada lebih 2.61 juta kes positif di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 29 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 66,455 kes aktif…

Read More

25.36 juta individu lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 29 Nov. – Sebanyak 77.7 peratus atau 25.36 juta individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 79.1 peratus atau 25.82 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 22.65 juta individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa p menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sementara 98.3 peratus atau 23 juta telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2.7 juta individu atau 85.9 peratus telah melengkapkan dua dos. Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan…

Read More

14 kes baharu Covid-19 di Saudi

RIYADH 28 Nov. – Arab Saudi merekodkan 14 kes baharu Covid-19 yang menyaksikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,695. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 8,833 kematian. Sebanyak 48 lagi pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 538,856 orang. Dalam kalangan kes aktif itu,, sebanyak 44 dalam keadaan kritikal. Sementara Itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan penerbangan keluar masuk melibatkan Malawi, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Mauritius, dan Comoros.

Read More

Singapura pantau varian Omicron

SINGAPURA 28 Nov. – Singapura sedang memantau ‘dengan sangat teliti’ varian baharu Covid-19 dikenali Omicron dan mungkin terpaksa menilai semula beberapa langkah sebelum mengatur langkah seterusnya,. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, Singapura sudah menunjukkan banyak kemajuan dalam usaha melawan Covid-29 tetapi mesti bersedia bagi menghadapi lebih banyak cabaran. “Saya yakin kita akan mencari jalan untuk hidup bersama virus itu dan menyambung semula dengan selamat semua perkara yang kita gemar lakukan. “Kita berusaha kerana kita mahu melaksanakan semua itu dengan selamat, mencatat jumlah kecil kematian seberapa boleh.” katanya ketika berucap…

Read More