PH kekalkan Aminuddin calon MB

SEREMBAN 22 Julai – Pakatan Harapan (PH) mengekalkan Aminuddin Harun sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan itu terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) kali ini. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata gabungan itu sudah mempunyai calon untuk jawatan berkenaan, berbanding pihak lawan yang didakwa masih berebut untuk menentukan calon Menteri Besar. “Sambung perkhidmatan yang baik kerana Datuk Seri Aminuddin masih lagi calon kita sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Kita sudah ada calon, kita ada rekod. Sebelah sana (pihak lawan) beberapa orang berebut,…

Read More

RON97, RON95 Naik 20 sen

PUTRAJAYA – Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat 20 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi meningkat 35 sen seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Julai 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Berikutan itu, harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh tersebut adalah RM4.20 seliter bagi RON97, RM3.62 seliter bagi RON95 tanpa subsidi dan RM4.42 seliter bagi diesel tanpa subsidi. Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu. Menurut MoF, harga minyak…

Read More

Kekal sekat kemasukan rakyat Israel

SEREMBAN 22 Julai – Malaysia kekal dengan pendirian menyekat kemasukan rakyat Israel ke negara ini meskipun lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan perasaan tidak puas hati atas keputusan itu, kata Anwar Ibrahim Perdana Menteri menekankan bahawa hakikat Malaysia adalah negara merdeka dan berdaulat bukan perkara baharu, malah kedudukan itu terbina sejak puluhan tahun dahulu. “Beberapa Ahli Parlimen Amerika telah membuat kenyataan menyelar saya kerana keputusan Malaysia menyekat kemasukan rakyat Israel ke dalam syarikat-syarikat dan sebagainya. “Ia tidak menghalang… dia (Ahli Kongres AS) boleh membuat ugutan, tetapi saya akan tegas…

Read More

Anwar mula kempen di Ampangan, mohon sokongan

SEREMBAN 22 Julai – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim mendapat suntikan semangat daripada Anwar Ibrahim yang memulakan kempen di kawasan yang ditandinginya.Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH hadir pada kempen pertamanya pada program Santai Petang Bersama Warga Ampangan sempena kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan Ke-16 di sini, hari ini. Ketibaan Presiden PKR itu disambut Nazri yang kemudiannya minum petang bersama penduduk di Medan Selera Ampangan serta berucap dan beramah mesra dengan mereka yang hadir program tersebut. Dalam…

Read More

Anwar berpantun…

Menerusi hantaran di facebooknya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menitipkan serangkap pantun beserta gambar bersama Menteri Kabinet. Pantunnya berbunyi Burung merbah terbang sekawan, Guruh berdentum membelah awan; Berbeza langkah, jangan putus kawan, Selagi muafakat, kita sehaluan. Pantun tersebut mungkin ada kaitan suasana kempen yang sedang berlangsung pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan yang sedang berlangsung. Dan di salah satu foto ada diselitkan lagu ‘Madu & Racun’ dendangan Bill & Brod . Nnn

Read More

Amaran kepada syarikat perkapalan

SANAA – Kumpulan Houthi yang disokong Iran memberi amaran kepada syarikat perkapalan supaya tidak memuat atau memunggah kargo di pelabuhan Arab Saudi di Yaman dan sebarang keingkaran berisiko menyebabkan mereka menjadi sasaran serangan. Amaran yang berkuat kuasa mulai pukuk 12.01 tengah hari kelmarin, dikeluarkan  menerusi e-mel dihantar Pusat Penyelarasan Operasi Kemanusiaan (HOCC) berpangkalan di Sanaa kepada beberapa syarikat perkapalan, Isnin lalu. Kelmarin Houthi, mengisytiharkan sekatan laut terhadap Arab Saudi, sekali gus membuka kemungkinan baharu dalam konflik Iran-Amerika Syarikat (AS) dan meningkatkan ancaman ke atas bekalan tenaga global serta perdagangan antarabangsa.…

Read More

Lagi rakyat Palestin maut serangan Israel

GAZA – Gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas yang masih berkuat kuasa,  gagal menghentikan keganasan, apabila sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk enam sekeluarga maut dalam siri serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, semalam. Menurut agensi pertahanan Gaza yang berperanan sebagai pasukan penyelamat, satu daripada serangan itu menyasarkan rumah keluarga Al-Masri di pusat Bandar Gaza, manakala enam lagi terbunuh dalam serangan berasingan pada hari sama. Saksi berkata, enam sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh dalam serangan itu, manakala Hospital Al-Shifa di Gaza mengesahkan menerima mayat dan mangsa cedera. Sumber tentera Israel…

Read More