Varian baharu perlu tindakan segera

WASHINGTON: Pemimpin dunia perlu mengambil tindakan segera untuk bekerjasama menghentikan penularan wabak berikutan penemuan varian baharu Covid-19 di Afrika Selatan.

Justeru Presiden Joe Biden meminta negara-negara lain mengikuti jejak Amerika Syarikat (AS) yang mendermakan vaksin Covid-19 kepada negara yang memerlukan.

Biden menegaskan pandemik ini tidak akan berakhir selagi populasi global tidak divaksinasi pada kadar sepatutnya.

Beliau juga mendesak negara-negara tertentu untuk melepaskan perlindungan harta intelek ke atas vaksin bagi  membolehkan pengeluaran vaksin dibuat di seluruh dunia.

Rayuan ini dinyatakan ketika Biden mengenakan larangan perjalanan ke atas lapan negara di benua Afrika berikutan penemuan varian baharu itu.

Mulai Isnin, sekatan perjalanan dikenakan terhadap bukan warga AS dari Afrika Selatan, Botswana, Zimbabwe, Namibia, Lesotho, Eswatini, Mozambique dan Malawi.

Related posts

Leave a Comment