Jerman minta rakyat ambil vaksin

KERAJAAN Jerman mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi mengelakkan jangkitan susulan gelombang keempat Covid-19 di negara itu, kata Menteri Kesihatan Jens Spahn.

“Ada kemungkinan, berakhirnya musim sejuk ini nanti, setiap rakyat negara ini, sama ada telah divaksin, telah pulih atau telah mati,” katanya.

Kenyataan yang nampak sinis tetapi hakikatnya penularan varian Delta yang sangat mudah berjangkit menyebabkan apa juga kemungkinan boleh berlaku.

Kadar vaksinasi di Jerman adalah antara yang paling rendah di Eropah Barat dan dalam tempoh 24 jam lepas, sejumlah 30,643 kes baharu direkodkan,  peningkatan 7,000 kes berbanding minggu lalu dan antara kadar tertinggi di dunia.

“Dapatkan vaksinasi secepat mungkin. Kerana mereka yang tidak divaksin, akan dijangkiti dalam tempoh beberapa bulan lagi, melainkan anda benar-benar berhati-hati.

“Dan dalam kes ini, imuniti akan dicapai. Ia akan terjadi sama ada melalui vaksin atau jangkitan. Dan kami sangat sarankan anda pilih vaksinasi,” kata Spahn.

Ketika ini, Jerman bergelut dengan gelombang jangkitan keempat dan mencatat kes tertinggi sejak pandemik melanda.

Peningkatan kes menyaksikan kapasiti hospital kini hampir ke tahap maksimum.

Pihak berkuasa juga dijangka mengumumkan beberapa larangan kepada mereka yang tidak divaksin.

Related posts

Leave a Comment