Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 19 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught turun lagi, empat hari berturut-turut dengan kadar 1.02 semalam berbanding 1.03 pada hari sebelumnya .

Bermula dengan kadar 1.05 selama tiga hari bermula 13 hingga 15 November, kadar itu turun kepada 1.04 pada 16 November dan disusuli 1.03 pada hari berikutnya.

Sembilan negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan dengan didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kadar 1.09.

Ini diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.07, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Kelantan 1.06, Selangor 1.05, Pahang 1.05, Johor 1.03, Kedah 1.02 dan Perak 1.02.

Negeri-negeri yang merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Terengganu 1.01, Melaka 0.99, Sabah 0.97, Pulau Pinang 0.96, Perlis 0.89 dan Sarawak 0.85.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 18 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment