Individu PUS, PUI boleh mengundi

PUTRAJAYA 19 Nov. – Tiada halangan bagi pengundi berstatus individu dalam pemantauan (PUS) atau individu dalam siasatan (PUI) mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok. Agensi atau parti politik boleh menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pengundi PUS atau  PUI ke tempat mengundi. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengundi yang layak dan dikenakan pemantauan di rumah (HSO) perlu mengemukakan permohonan kepada pejabat kesihatan daerah (PKD) bagi tujuan penilaian risiko, sebelum dibenarkan ke pusat mengundi. Jelasnya, proses mendapat kebenaran boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan keluar mengundi melalui capaian…

Read More

Daftar di PPV kesihatan swasta

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Bagi mengelak kekeliruan, individu yang layak menerima suntikan dos penggalak Covid-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja. ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), syarikat di bawah Kementerian Kesihatan memaklumkan pendaftaran untuk senarai menunggu di PPV fasiliti kesihatan swasta di bawahnya adalah percuma. Selain secara walk-in, pendaftaran sebagai senarai menunggu di PPV juga boleh dilakukan melalui telefon dan e-mel mengikut senarai PPV yang tersedia menerusi laman web ProtectHealth di pautan www.protecthealth.com.my, mulai 22 November. Menurut satu…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 19 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught turun lagi, empat hari berturut-turut dengan kadar 1.02 semalam berbanding 1.03 pada hari sebelumnya . Bermula dengan kadar 1.05 selama tiga hari bermula 13 hingga 15 November, kadar itu turun kepada 1.04 pada 16 November dan disusuli 1.03 pada hari berikutnya. Sembilan negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan dengan didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kadar 1.09. Ini diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.07, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Kelantan 1.06, Selangor 1.05, Pahang 1.05, Johor 1.03, Kedah 1.02 dan Perak…

Read More

Washington DC tarik balik pelitup muka

WASHINGTON DC merancang untuk menarik balik sebahagian besar peratuan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup selepas berlaku penurunan kes jangkitan Covid-19 di bandar itu. Mulai Isnin, 22 November, pelitup muka tidak lagi diperlukan di kebanyakan ruang dalaman di sekitar Washington DC. Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Jabatan Kesihatan Bandar berkata,  pelitup muka masih diperlukan dalam keadaan tertentu, termasuk sekolah, perpustakaan, pengangkutan awam, kenderaan kongsi dan kemudahan kediaman berkumpulan seperti rumah jagaan, asrama dan penjara. Bagaimanapun para peniaga masih boleh meminta pelanggan memakai pelitup muka jika dikehendaki mereka. Ibu negara itu pada…

Read More

Jerman cadang peraturan baharu

BERLIN: Jerman meluluskan peraturan baharu di negara itu bagi menangani kenaikan mendadak kes jangkitan baharu Covid-19. Peraturan baharu itu termasuk mewajibkan petugas membuktikan mereka sudah lengkap divaksin atau diuji negatif virus itu sebelum menggunakan sebarang pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. Beliau menyifatkan, situasi dramatik Covid-19 di Jerman memerlukan satu tindakan pantas diambil bagi mengawal penularannya. Katanya, situasi pandemik di negara ini amat dramatik dan adalah penting untuk satu tindakan pantas diambil, secara konsisten supaya kaedah…

Read More