68 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 29,837 kematian daripada 2,557,516 kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 66,793 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 52,235 individu atau 78.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,242 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,780 kes dirawat di hospital dan 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 285 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 251 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment