Dos penggalak usia 40 – 49

UNITED Kingdom memperluaskan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada golongan lebih muda berbanding hanya usia 50 tahun ke atas sebelum ini.

Ini bermakna, mereka yang berumur antara 40 hingga 49 tahun turut layak untuk menerima suntikan dos penggalak, sebagai langkah proaktif dalam menangani penularan Covid-19.

Golongan dalam lingkungan umur berkenaan yang telah menerima vaksin lengkap enam bulan sebelum ini layak mendapatkan dos penggalak itu.

Dos penggalak yang disyorkan sama ada vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna tanpa mengira jenis vaksin yang diterima dalam dua dos utama.

Bagi mereka yang berumur 16 dan 17 tahun yang mempunyai dos awal vaksin Pfizer BioNTech juga disyorkan untuk diberi dos kedua vaksin jenis yang sama.

Related posts

Leave a Comment