Thailand catat 7,960 kes baharu

BANGKOK 7 Nov. – Thailand merekodkan 7,960 kes baharu  Covid-19 dan 53 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,967,999 kes serta

19,664 kematian.

Empat wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattaya, Songkhla dan Yala – serta Nakhon Si Thammarat menyumbang 1,909 kes baharu, mengatasi 1,226 kes yang dikesan di daerah Bangkok.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Songkhla mempunyai penularan baharu paling tinggi di wilayah selatan dengan 417 kes, kebanyakannya dikesan di daerah Hat Yai, Muang dan Na Thawi.

CCSA berkata wilayah selatan juga mencatatkan 18 kematian termasuk lima di Nakhon Si Thammarat dan tiga di Yala, manakala Bangkok dengan enam kematian.

Di wilayah utara, Chiang Mai mencatatkan 429 kes baharu, turun daripada 482 sehari sebelumnya.

Thailand juga merekodkan 11 kes import termasuk enam dari Myanmar dan dua dari Kemboja.

Pada Sabtu, sebanyak 6,950 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih keseluruhan 1,849,968 orang manakala 98,367 menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment