Kadar kebolehjangkitan turun 0.92

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun kepada 0.92 semalam berbanding 0.94 pada dua hari berturut-turut.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana tiga negeri merekodkan kadar tertinggi iaitu Melaka 1.01, Putrajaya 1.06 dan Negeri Sembilan 1.03.

Ini diikuti Selangor 0.99, Sabah 0.97, Kelantan 0.92, Kuala Lumpur 0.96, Kedah 0.97, Pahang 0.98 dan Perlis 0.97.

Lima negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Perak 0.85, Terengganu 0.85, Sarawak 0.87, Pulau Pinang 0.88, Johor 0.88.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 10 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment