Covid-19 ragut 5 juta jiwa

SETAKAT pukul 8.32 pagi ini 2 November (waktu tempatan) jumlah kematian akibat Covid-19 di dunia sudah melebihi lima juta dalam tempoh kurang dua tahun, demikian menurut data Johns Hopkins University

Data dari pusat pengajian yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan lebih 247,109,019 orang telah dijangkiti virus yang mula tersebar di China pada Disember 2019, kemudian merebak ke setiap pelosok dunia,

Jumlah kematian yang direkodkan adalah 5,004,901 dengan Amerika Syarikat

mendahului dengan 46,089,284 kes dan 746,972 kematian.

Ini diikuti India dengan 34.285,814 kes dan 458,437 kematian, dan Brazil dengan 21,814,693 kes serta 607,922 kematian.

Sementara itu, Mexico kekal antara negara dengan jumlah korban yang tinggi akibat pandemik itu, dengan 288,365 kematian dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment