244.8 juta kes, lebih 5 juta korban

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244.8 juta dengan jumlah kematian pula menghampiri lima juta orang atau 4.969 juta.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 45 juta kes dan 740,000 kematian.

India merekodkan dengan lebih 34 juta kes, Brazil dengan lebih 21.7 juta kes, United Kingdom lebih 8.9 juta kes, Rusia turut mencatat lebih 8 juta kes manakala Perancis dan Turki pula mencatat lebih 7 juta kes.

Argentina dan Sepanyol melebihi 5 juta diikuti Colombia yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka tertinggi dengan melebihi 4.2 juta kes diikuti Filipina lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta kes, Thailand dengan 1.8 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 184,000 kes.

Sementara itu, angka kematian di Brazil adalah lebih 606,000 kes, India lebih 455,000 kes, Mexico lebih 286,000 kes, sementara Rusia mencatat lebih 229,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian manakala Jerman merekodkan angka melebihi 95,000 kes sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan lebih 143,000 kes korban, diikuti  Filipina dengan lebih 42,000, Malaysia dengan 28,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 18,000 kematian

Related posts

Leave a Comment