72.4 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 24 Okt. – Sebanyak 72.4 peratus atau 23.66 juta individu daripada populasi negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan memaklumkan, 77.6 peratus atau 25.355 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.126 juta individu atau 94.5 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini manakala 97.4 peratus atau 22.808 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan 101.3 peratus, Negeri Sembilan 100.9 peratus, Pulau Pinang 97.6 peratus, Perlis 96.5 peratus, Johor 95.8 peratus, Melaka 91.6 peratus, Sarawak 90.9 peratus dan Terengganu 90.7.

Ini diikuti Kedah 85.7 peratus, Perak 85.3 peratus dan Pahang 84.2 peratus.

Sabah pula mencatatkan 72.0 peratus, diikuti Kelantan 77.3 peratus.

Sementara itu, seramai 1.533 juta atau 48.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak  113,547 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut dan ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48.944 juta dos.

Related posts

Leave a Comment