Teladani nilai murni Rasulullah SAW

SHAH ALAM 19 Okt. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office semalam bersempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam meneladani nilai-nilai murni peribadi Nabi Muhammad dan mengikuti segala sunnah serta ajaran Rasulullah SAW.

Sultan Selangor turut menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak, menurut hantaran itu.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.

Related posts

Leave a Comment