SINGAPURA: Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
“Saya akan umumkan butirannya kelak,” katanya dalam ucapan bahasa Melayu pada Rapat Hari Kebangsaan 2024 (NDR 2024) semalam.
Kata, idea penubuhan kolej itu ditimbulkan buat kali pertama pada 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim.
Wong yang juga Menteri Kewangan turut mengiktiraf sumbangan dan kerjasama pemimpin serta keseluruhan masyarakat Melayu Islam di republik itu yang menyumbang kepada kejayaan Singapura dalam pelbagai bidang.
Ini termasuk meningkatkan pencapaian pendidikan, membanteras fahaman radikal dan keganasan, serta usaha memperbaiki kehidupan golongan yang memerlukan. Kita telah menangani isu-isu ini dengan telus dan berani.
Wong turut memuji pencapaian masyarakat Melayu yang ‘seiring dengan kemajuan Singapura’.
Beliau menamakan beberapa tokoh sebagai contoh termasuk usahawan Hafiz Kazman, saintis Dr Muhammad Nadjad Abdul Rahim dan pemuzik Cik Nabillah Jalal yang masing-masing berjaya dalam bidang sendiri dan turut meluangkan masa sebagai relawan.
Wong berkata beliau lebih gembira kerana golongan ini, seperti ramai lain yang berjaya, turut giat berbakti kepada masyarakat dengan menyertai M Kuasa Tiga (M3) dan badan-badan Melayu/Islam lain.
Selaku Perdana Menteri, Wong berkata sebagai Perdana Menteri, beliau komited untuk meneruskan kerjasama yang kukuh antara kerajaan dan masyarakat, selain menghargai semua maklum balas dan pandangan yang diberikan.
Beliau turut memberi jaminan akan terus mendampingi komuniti itu ke arah mencapai visi Masyarakat Gemilang.
“Saya akan pastikan semua anggota masyarakat Melayu-Islam meraih manfaat daripada kemajuan negara kita. Saya juga akan sokong anda dalam usaha membina sebuah masyarakat Melayu Islam yang moden, lagi progresif tetapi masih mengekalkan adat resam dan cara hidup anda yang tersendiri,” katanya.
Nnn
