Singapura catat 3,190 kes

SINGAPURA 14 Okt. – Singapura kembali merekodkan lebih 3,000 kes positif Covid-19 semalam apabila mencatatkan 3,190 kes baharu serta sembilan kematian.

Ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes 135,395 dengan jumlah keseluruhan kematian pula meningkat kepada 192 orang.

Mereka yang meninggal dunia adalah enam lelaki dan tiga wanita, berusia antara 52 dengan 98 tahun.

Dalam kalangan mereka, enam tidak divaksin, dua belum lengkap divaksin dan seorang lagi sudah divaksin sepenuhnya.

Lapan daripada mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan manakala lagi seorang yang belum divaksin tidak mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang diketahui.

Menurut Kementerian Kesihatan, pesakit berusia 52 tahun pula belum lengkap divaksin dan mengalami beberapa masalah kesihatan .

Dalam kalangan kes baharu , 3,184 adalah kes tempatan yang terdiri daripada 2,686 kes dalam masyarakat dan 498 yang merupakan penghuni dormitori pekerja asing manakala enam kes import.

Sementara itu dalam kalangan kesemua kes Covid-19 yang dirawat atau dimasukkan ke hospital, 17,080 kes atau 77.8 peratus sedang menjalani pemulihan di rumah, 2,885 sedang dirawat di kemudahan jagaan masyarakat dan 473 di kemudahan rawatan Covid-19.

Sebanyak 1,507 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan sebahagian besarnya sedang dipantau.

Daripada jumlah itu, 300 pesakit memerlukan sokongan oksigen dan 46 dalam unit jagaan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment