PUTRAJAYA 14 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 8,084 kes positif baharu Covid-19, satu peningkatan berbanding 7,950 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian di media sosial, berkata bilangan kes setakat tengah hari ini menyumbang kepada 2,369,613 kes positif sejak wabak mula menular pada akhir Januari tahun lalu.
Read MoreDay: October 14, 2021
Filipina catat 7,835 kes baharu
MANILA 14 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,835 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,698,232. Setakat pukul 4.30 petang, 154 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 40,221 kematian. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 5,317 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 2,573,161 atau 95.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 84,850 kes aktif dilaporkan, meningkat sedikit berbanding 82,411 yang direkodkan semalam.
Read More90.9 peratus lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 14 Okt. – Setakat 11.59 malam tadi, Malaysia mencatat 90.9 peratus populasi dewasa atau 21,290,960 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, sejumlah 207,520 dos vaksin diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,252,254 dos bagi golongan dewasa. Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia…
Read MoreDos penggalak percuma
PUTRAJAYA 14 Okt. – Dos penggalak vaksin Covid-19 akan mula diberikan kepada kelompok penerima pertama secara percuma dan sukarela mulai hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Kelompok berkenaan membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu. Katanya, individu yang layak akan dimaklumkan melalui MySejahtera, manakala individu tanpa aplikasi itu bakal diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),…
Read MoreKadar kebolehjangkitan kekal
PUTRAJAYA 14 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) kekal pada 0.88 untuk tempoh tiga hari berturut-turut sehingga semalam, sekali gus kekal berada di bawah 1.00 dalam tempoh sebulan ini. Bagaimanapun dua negeri merekodkan bacaan Rt melebihi purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan dengan 1.03 dan Putrajaya 1.07. Labuan pula tidak merekodkan sebarang kes semalam manakala Sarawak mencatatkan Rt terendah iaitu 0.78. Selangor dengan 0.92; Sabah 0.87; Pulau Pinang 0.82; Johor 0.83; Kelantan 0.96; Melaka 0.88 dan Kuala Lumpur 0.95. Kedah pula 0.87; Pahang 0.89; Perak 0.84; Terengganu 0.94 dan Perlis 0.99.…
Read MoreSingapura catat 3,190 kes
SINGAPURA 14 Okt. – Singapura kembali merekodkan lebih 3,000 kes positif Covid-19 semalam apabila mencatatkan 3,190 kes baharu serta sembilan kematian. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes 135,395 dengan jumlah keseluruhan kematian pula meningkat kepada 192 orang. Mereka yang meninggal dunia adalah enam lelaki dan tiga wanita, berusia antara 52 dengan 98 tahun. Dalam kalangan mereka, enam tidak divaksin, dua belum lengkap divaksin dan seorang lagi sudah divaksin sepenuhnya. Lapan daripada mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan manakala lagi seorang yang belum divaksin tidak mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang diketahui. Menurut…
Read MorePresiden Brazil tolak vaksin
PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro mengesahkan tidak akan menerima suntikan vaksin Covid-19 walaupun sebelum ini memaklumkan akan menjadi individu terakhir yang akan menerima vaksin di negara itu. “Saya sudah memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksinasi. Saya sedang meniliti kajian terbaharu. Saya juga sudah menerima imunisasi (selepas dijangkiti), jadi mengapa saya perlu divaksinasi?” ujarnya. Bercakap dalam temubual bersama radio Jovem Pan pada Selasa malam, pemimpin itu yang ketika ini berdepan kontroversi dalam menangani pandemik itu sudah memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksinasi. “Saya sedang meniliti kajian terbaharu. Saya juga sudah menerima imunisasi (selepas dijangkiti),…
Read MoreSAGO cari asal usul Covid-19
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mencalonkan 26 pakar untuk menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mencari asal usul Covid-19 yang didakwa mula menular di bandar Wuhan, China. Dikenali sebagai Scientific Advisory Group on the Origins of Novel Pathogens (SAGO), jawatankuasa baharu mungkin merupakan peluang terakhir untuk mencari punca bagaimana ia pertama kali muncul sejak lebih satu setengah tahun lalu. Pasukan itu turut akan mengkaji adakah virus itu berpunca daripada haiwan kemudian menular ke manusia di pasar Wuhan atau mungkin tersebar dari makmal. China terus menafikan teori berpunca daripada makmal itu. Pada Februari, pasukan WHO yang…
Read MoreBerita pilihan
FDA putuskan penggalak J&J
PIHAK Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) ketika ini dalam proses membuat keputusan keperluan suntikan penggalak atau ‘booster shot’ terhadap vaksin Covid-19 satu dos, Johnson and Johnson. Sebelum ini, syarikat pengeluar vaksin Covid-19 yang lain menawarkan suntikan penggalak selepas enam bulan suntikan kedua diberikan. Bagaimanapun , data yang yang diserahkan oleh J&J mencadangkan garis masa yang lain iaitu antara dua hingga enam bulan selepas suntikan pertama. Dalam laporan yang diterbitkan pada Rabu, para saintis FDA masih belum mencapai keputusan muktamad. Dakwanya data yang diserahkan oleh pihak J&J masih…
Read More