Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) kekal pada 0.88 untuk tempoh tiga hari berturut-turut sehingga semalam, sekali gus kekal berada di bawah 1.00 dalam tempoh sebulan ini.

Bagaimanapun dua negeri merekodkan bacaan Rt melebihi purata kebangsaan iaitu  Negeri Sembilan dengan 1.03 dan Putrajaya 1.07.

Labuan pula tidak merekodkan sebarang kes semalam manakala Sarawak mencatatkan Rt terendah iaitu 0.78.

Selangor dengan 0.92; Sabah 0.87; Pulau Pinang 0.82; Johor 0.83; Kelantan 0.96; Melaka 0.88 dan Kuala Lumpur 0.95.

Kedah pula 0.87; Pahang 0.89; Perak 0.84; Terengganu 0.94 dan Perlis 0.99.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), Rt terendah pernah dicatatkan adalah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala Rt tertinggi yang pernah direkodkan ialah 1.16 pada 28 Julai lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment