FDA putuskan penggalak J&J

PIHAK Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) ketika ini dalam proses membuat keputusan keperluan suntikan penggalak atau ‘booster shot’ terhadap vaksin Covid-19 satu dos, Johnson and Johnson.

Sebelum ini, syarikat pengeluar vaksin Covid-19 yang lain menawarkan suntikan penggalak selepas enam bulan suntikan kedua diberikan.

Bagaimanapun , data yang yang diserahkan oleh J&J mencadangkan garis masa yang lain iaitu antara dua hingga enam bulan selepas suntikan pertama.

Dalam laporan yang diterbitkan pada Rabu, para saintis FDA masih belum mencapai keputusan muktamad.

Dakwanya data yang diserahkan oleh pihak J&J masih tidak mencukupi termasuk kadar keberkesanan terhadap varian yang lebih cepat menular seperti varian Delta.

Pada Khamis dan Jumaat pula, badan penasihat FDA akan mencadangkan keperluan suntikan penggalak terhadap vaksin J&J dan Moderna.

Kemudian minggu hadapan, FDA akan membuat ketetapan muktamad dalam meluluskan penggunaan suntikan penggalak dan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) akan membahaskan keperluannya.

Untuk rekod, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan vaksin yang dikeluarkan negara itu terus menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam melindungi simptom yang lebih teruk selepas dijangkiti Covid-19.

Related posts

Leave a Comment