Filipina catat 7,835 kes baharu

MANILA 14 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,835 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,698,232.

Setakat pukul 4.30 petang, 154 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 40,221 kematian.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 5,317 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 2,573,161 atau 95.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 84,850 kes aktif dilaporkan, meningkat sedikit  berbanding 82,411 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment