SAGO cari asal usul Covid-19

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mencalonkan 26 pakar untuk menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mencari asal usul Covid-19 yang didakwa mula menular di bandar Wuhan, China.

Dikenali sebagai Scientific Advisory Group on the Origins of Novel Pathogens (SAGO), jawatankuasa baharu mungkin merupakan peluang terakhir untuk mencari punca bagaimana ia pertama kali muncul sejak lebih satu setengah tahun lalu.

Pasukan itu turut akan mengkaji adakah virus itu berpunca daripada haiwan kemudian menular ke manusia di pasar Wuhan atau mungkin tersebar dari makmal.

China terus menafikan teori berpunca daripada makmal itu.

Pada Februari, pasukan WHO yang ditugaskan untuk menyelidik asal usul Covid-19 membuat kajian di China dan hasi dapatannya melaporkan ia mungkin berpunca daripada kelawar.

Bagaimanapun Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mendakwa, kekurangan data dan kekangan China mengurangkan ketepatan dapatan itu.

Anggota jawatankuasa SAGO yang dicadangkan termasuk enam pakar yang pernah membuat kajian di China sebelum ini.

Pengumuman pasukan jawatankuasa baharu ini muncul selepas China bersiap sedia untuk menguji puluhan ribu sampel bank darah yang diambil ketika wabak melanda.

Beijing bagaimanapun juga mahu inisiatif SAGO ini tidak dipolitikkan.

Related posts

Leave a Comment