103 kematian baharu akibat Covid-19

PUTRAJAYA 13 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan 103 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 27,525 kes.

Menurut data di portal COVIDNOW, sejumlah 26 daripada 103 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu dan proses pengesahan kematian sama ada akibat pandemik itu, mengambil masa.

Tiada kes kematian harian dilaporkan semalam.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksinasi serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment